top of page
kl-tower-izuddin-helmi-adnan.jpg

AHLI KUMPULAN

REFLESI PELAJAR
Ruth Elizabeth Ronny Lojikim_0345172.heic

PENULIS SKRIP

Ruth Elizabeth Ronny Lojikim 0345172

Sepanjang proses membuat video berkumpulan ini, terdapat satu pengajaran yang telah saya pelajari daripada rakan sekumpulan saya iaitu sikap bekerjasama dan toleransi dalam melakukan kerja berkumpulan. Kerja berpasukan ini terdiri daripada 10 orang pelajar dan walaupun ini merupakan sebuah kumpulan yang besar serta setiap ahli mempunyai latar belakang yang berbeza, namun semua ini tidak pernah menjadi penghalang sekalipun bagi kami untuk tidak bekerja keras dalam menyiapkan projek ini. 

 

Setiap ahli kumpulan ini mempunyai tanggungjawab besar yang haruslah mereka laksanakan dan mereka semua dapat memenuhi keperluan tersebut dengan jayanya yang membuatkan keseluruhan proses membuat projek ini dapat berjalan dengan lancar. 

 

Walaupun saya belum mengenali mereka dengan rapat mahupun bertemu dengan ahli-ahli kumpulan saya, tetapi saya gembira bahawa melalui projek ini saya dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai mereka. 

 

Selain itu, melalui projek ini juga kami dapat mempelajari lebih banyak mengenai latar belakang budaya masing-masing seperti bagaimana kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina dan kaum Kadazan menyambut perayaan Kaamatan setiap tahun. Ia sungguh menarik sekali dapat mempelajari mengenai adat dan budaya kaum lain kerana melalui cara ini kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain. Dengan cara ini, ia sudah jelas sekali menunjukkan bagaimana istimewanya Malaysia dalam mempunyai kepelbagaian dalam kalangan rakyatnya. 

 

Secara keseluruhannya, saya mempunyai banyak pengalaman yang menarik sepanjang membuat projek berkumpulan ini dan saya pasti segala ilmu yang saya perolehi akan dimanfaatkan sepenuhnya. Saya juga ingin berterima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya atas kerjasama dalam menghabiskan projek ini dengan jayanya. 

KETUA KUMPULAN

Heng Jun Qian 0349942

Salam sejahtera, nama saya Heng Jun Qian dan saya merupakan pelajar Bachelor of Science (Hons) Architecture di Taylor’s University. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan seribu terima kasih kepada pensyarah modul ini, Encik Serit Anak Banyan. Beliau telah memberi peluang kepada pelajar untuk menambah ilmu pengetahun tentang hubungan etnik dan banyak memberi didikan dan bantuan kepada kami semasa mengatasi masalah dalam menyiapkan projek. 

 

Melalui projek yang amat bermakna ini, kami dapat mengukuhkan perfahaman kita terhadap hubungan antara pelbagai bangsa dan agama di Malaysia. Saya mendapati sikap hormat-menghormati penting sekali dalam mengekalkan perpaduan kaum demi keamanan dan kesejahteraan tanah air kita. Amat syukur saya berasa kerana dapat dilahirkan ke negara yang begitu istimewa dan indah. Selanjutnya, projek ini telah membantu saya secara berkesan dalam meningkatkan nilai tanggungjawab, toleransi dan hormat-menghormati. 

 

Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada ahil kumpulan saya kerana sudi menyumbangkan jasa dan masa yang emas untuk menyiapkan projek ini. Tugasan kami dapat dijalankan dengan lancer dengan kerjasama dan kecekapan yang diberikan oleh mereka. Terima kasih saya mengucapkan sekali lagi kerana mempunyai ahli kumpulan yang sangat baik, saya berharap kami dapat bekerjasama lagi pada masa depan. 

VENICE VICTOR_0345140.jpg

PENULIS SKRIP

Saya, Venice Victor berasa sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan untuk kursus Hubungan Etnik telah berjaya kami sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika rakan-rakan sekumpulan dan pensyarah tidak memberikan galakan dan dorongan yang memberikan motivasi.

 

Setelah melaksanakan projek ini, banyak perkara yang telah saya pelajari. Antaranya, saya telah cuba sedaya upaya untuk mengamalkan nilai kerjasama antara ahli kumpulan. Contohnya, kami telah membuat perbincangan mingguan untuk berkongsi idea yang dapat melatih saya meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Apabila ahli kumpulan menghadapi masalah kami akan memberi bantuan yang diperlukan bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing. Selain daripada itu, tugasan ini juga membantu saya untuk mengenali rakan-rakan baru yang datang daripada pelbagai etnik dan kaum serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

 

Secara keseluruhannya, segala pengalaman dan ilmu yang telah saya perolehi dalam perjalanan projek ini akan saya manfaatkan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang memberi tunjuk ajar sepanjang projek begitu juga dengan rakan seperjuangan.

WhatsApp Image 2021-12-08 at 13.52.59 (1).jpeg

Venice Victor 0345140

REFLEKSI PELAJAR

Salam sejahtera, nama saya Edmund Tham Fei Yang, seorang pelajar dari kursus ‘Bachelor of Mechanical Engineering with Honours’ di Universiti Taylor’s, Malaysia. Yang pertama, saya berasa amat bersyukur kerana Universiti Taylor’s telah mengadakan mata pelajaran ‘Hubugan Etnik’ untuk kursus saya kerana saya dapat belajar tentang pelbagai kaum dalam Malaysia. Saya juga ingin mengucapkan s terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran ini, Encik Serit Anak Banyan, kerana beliau telah membantu kami sepanjang perjalanan modul ini hingga kini dan menyelesaikan masalah projek kami yang bernama ‘Kami Anak Malaysia’.

 

Melalui projek ini, saya telah dapat memahami dengan lebih mendalam tentang bangsa dan agama antara pelbagai kaum dalam negara kita. Selain itu, saya juga dapat memahami bagaimana kaum lain menyambut perayaan istimewa mereka. Dalam kumpulan kami, mereka yang berkaum Cina telah berkongsi maklumat tentang perayaan istimewa Tahun Baru Cina manakala mereka kaum Kadazan telah berkongsi pengalaman mereka tentang Hari Gawai yang disambut di Sabah. Di samping itu, sungguh menyeronokkan belajar tentang agama lain kerana ia membantu kita memahami lebih lanjut tentang negara kita. 

 

Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya yang bekerjasama untuk membuat projek dan perakaman video dengan hati yang terbuka.

PELUKIS PAPAN CERITA

Edmund Tham Fei Yang 0351455

20220127_234919.jpg
TAN HOMNG CHIM_0345966.jpg

PELUKIS PAPAN CERITA

Tan Homng Chim 0345966

Salam sejahtera, semua! Nama saya Tan Homng Chim, seorang pelajar tahun pertama yang menuntut kursus seni bina di Taylor’s University. Saya berasa amat bersyukur dan berbesar hati kerana berpeluang menyertai projek kumpulan Hubungan Etnik dalam menghasilkan video yang bertemakan Kami Anak Malaysia bersama rakan-rakan sekumpulan.

 

Sepanjang proses melaksanakan projek yang bermakna ini, terdapat banyak yang saya perolehi. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih lanjut tentang budaya kaum berbeza yang bermastautin di tanah air yang sama, seperti kaum Kadazan dan Cina. Selain itu, projek ini juga memberi peluang kepada saya untuk mengenali rakan-rakan baharu yang berasal daripada pelbagai etnik. Silaturahim antara ahli kumpulan dapat dieratkan melalui perbincangan bersama serta perkongsian pengalaman dan budaya masing-masing dalam menyambut perayaan. Sikap kerjasama juga telah diamalkan oleh setiap ahli kumpulan bagi menjayakan projek ini. Hal ini telah menunjukkan keistimewaan Malaysia bahawa rakyat hidup bersama secara aman tanpa mengira warna kulit dan bangsa.

 

Akhir sekali, saya ingin memberikan setinggi perhargaan kepada pensyarah Hubungan Etnik kami, Encik Serit Anak Banyan yang banyak memberi bimbingan dan galakan sepanjang tempoh pelaksanaan projek, serta rakan-rakan sekumpulan yang bekerjasama menyelesaikan projek dengan sempurna. Pengetahuan dan pengalaman menarik yang saya perolehi melalui projek ini past akan saya manfaatkan dalam kehidupan seharian. Sekian, terima kasih.

PERAKAM DAN PENYUNTING

Lim Pan Sheey 0350717

Dalam masa sepanjang 7 minguu, nilai yang paling saya pelajari iala berkerjasama dalam modul Hubungan Etnik ini. Kumpulan saja telah ditugaskan untuk membuat satu video tentang etnik etnik di dalam Malaysia. Kita mempunyai 11 orang dalam kumpulan ini dan setiap orang magambil tanggungjawab dalam pelbagai aspek seperti perancang, perakam video dan lain-lain. Dari mesyuarat pertama hingga kita selesai projek ini, kumpulan kita  berkerjasama untuk menyelesai tugas kita dengan baik. Semua orang memberi sepenuh tumpuan dan tanggungjawab. Walaupun kumpulan kita mempunyai sedikit pertikaian semasa perbincangan tetapi kita dapat mencapai kata sepakat dan menyelesai video dengan bersungguh-sungguh. Selepas projek ini telah diselesaikan, saya dapat berkenali banyak tentang Malaysia dan saya berasa bangga saya seorang anak Malaysia dan dikelilingi dalam pelbagai kaum, etnik dan budaya yang beristimewa. 

LIM PAN SHEEY_0350717.jpg
Chow Cing Yen_0344136.jpg

Chow Cing Yen 0344136

Saya Chow Cing Yen dari kursus Bachelor of Science (Hons) Architecture di Taylor’s University. Pertama sekali, saya hendaklah mengucapkan terima kasih kepada Universiti Taylor’s dan pensyarah modul Hubungan Etnik, Encik Serit Anak Banyan kerana mengadakan module ini kepada pelajar. 

 

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya. Melalui projek ini, saya telah mengenali rakan yang daripada berbilang kaum. Kita tolong-menolong dan memberi kerjasama untuk mengatasi masalah dan menyiapkan projek ini dengan hasil yang kita puas hati.

 

Akhirnya, saya amat bersyukur dan bangga saya merupakan seorang warganegara Malaysia. Saya sering dapat peluang untuk belajar dan mengenali budaya dan agama berbilang kaum.

PERAKAM DAN PENYUNTING

E-PORTFOLIO

Goh Wan Yi 0350866

Melalui projek ini, saya telah memahami perbezaan budaya dan latar belakang pelbagai etnik di Malaysia. Dengan merakam video, sebagai orang Cina, saya memperkenalkan bagaimana kaum Cina menyambut perayaan, Tahun Baru Cina yang disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina kepada rakan-rakan dari kaum etnik lain dalam kumpulan. Saya juga mengenali amalan kaum Kadazan menyambut perayaan Kaamatan dan adat resam mereka.

Selain itu, saya berterima kasih kepada semua ahli kumpulan bekerjasama untuk menyiapkan projek ini dengan jayanya. Saya memahami kepentingan bekerjasama dan tanggungjawab sendiri melalui projek berkumpulan ini.

Kesimpulannya , saya bersyukur akan mempunyai peluang atas melaksanakan projek ini. Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai etnik. Oleh itu, kita haruslah menghormati budaya dan adat resam pelbagai jenis etnik supaya dapat mengekalkan perpaduan dan masyarakat yang harmoni dapat diwujudkan.

Goh Wan Yi 0350866.PNG

Nicholas Leang Ming-Soon 0350244

E-PORTFOLIO

Khabar baik semua! Saya Nicholas, seorang pelajar tahun pertama yang menuntut kursus seni bina di Taylor’s University. Saya berasa amat bersyurkur kerana dapat menyertai projek ini dalam menghasilkan video yang bertemakan Kami Anak Malaysia. 

 

Melalui projek ini, saya telah mengetahui lebih banyak adat resam dan kebudayaan kaum etnik lain seperti Kadazan. Saya dapat mengetahui bagaimana kaum etnik lain meraikan perayaan kaum serta berkongsi pengalaman saya semasa Tahun Baharu Cina. Selain itu, saya juga dapat bekerjasama dengan kawan-kawan saya yang berlainan kaum etnik atas talian. Melalui projek ini, saya telah mengetahui kepentingan perpaduan antara kaum lain untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

 

Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah dan kawan-kawan saya untuk berbuat projek ini jayanya.

NICHOLAS LEANG MING-SOON_0350244.jpeg

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Saya, Siah Chu Yang, pelajar dari kursus alam seni bina di Universiti Taylor’s, Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan guru kami yang mendidik mata pelajaran Hubungan Etnik yakni Encik Serit Anak Banyan. Projek ini memerlukan pelajar-pelajar menghasilkan satu video istimewa yang bertemakan Kami Anak Malaysia. 

 

Sebenarnya, peluang untuk menyertai dalam projek ini tidak ternilai harganya kerana saya dapat memahami selagi mencurang khazanah-khazanah istimewa yang tersirat dalam budaya pelbagai kaum dan etnik negara kami selain bekerjsama dengan kawan-kawan saya. Pantang-larang dan adat istiadat pelbagai etnik yang merupakan tanda-tanda unik mereka merupakan benteng negara yang perlu dikukuhkan oleh semua pihak khususnya golongan remaja yang akan memimpin pembangunan negara pada suatu hari nanti. Tahun Baharu Cina yang merupakan hari perayaan kaum Cina dapat kita kongsikan dengan semua melalui perakaman video yang mempamerkan tradisis-tradisi serta suasana kegembiraan satu sama lain menggunakan aplikasi Zoom. 

 

Sebagai penutup bicara, saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan kami yang tolong-menolong sesetiap masa serta guru kami yang memimpin kami dengan penuh dedikasi. Semoga berjaya dan sihat semua!

Siah Chu Yang 0345146

E-PORTFOLIO

WhatsApp Image 2022-01-29 at 5.25.57 PM.jpeg

E-PORTFOLIO

Mildred Choy Teik Mun 0345737

Untuk projek 1, saya perlu membentuk satu kumpulan dengan jumlah 10 orang pelajar untuk tugasan kumpulan yang memegang 50 markah. Tugasan kumpulan in adalah untuk menghasilkan sebuah video yang bertema “Kami Anak Malaysia” bersama-sama ahli-kumpulan saya. Video ini perlu mengisahkan kepelbagaian hidupan dan budaya rakyat Malaysia, dan tempoh masa harus berlama 3 ke 5 minit. 

 

Selepas perbincangan dalam kumpulan, kumpulan saya merancang untuk membuat video tentang sekumpulan kawan berjumpa atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom semasa Tahun Baru Cina. Kumpulan kawan berkongsi tentang budaya dan tradisi yang berlaku pada hari perayaan. Semasa menjalankan tugasan yang diberikan, saya dapat peluang untuk mengenali budaya kaum Kadazan dengan dalam-dalam. 

 

Tambahan pula, saya berasa teruja kerana dapat berkumpulan degan pelajar yang saya tidak berlaku, jadi semasa saya menjalankan tugasan dalam kumpulan saya juga dapat berkawan dengan pelajar dari kursus lain.

bottom of page