top of page

VIDEO

Ini ialah video yang kumpulan kami yang hasilkan.

Link ke YouTube video kami :

kl-tower-izuddin-helmi-adnan.jpg

HASIL PROJEK

Selain daripada peluang untuk mengenali budaya kaum Kadazan dengan dalam, kumpulan kami juga dapat peluang untuk menjalankan tugasan dengan bekerjasama.  

VIDEO

IMPAK PROJEK

Melalui projek ini, kami telah meningkatkan kefahaman antara etnik dalam kalangan remaja serta mengeratkan hubungan etnik di negara kita. Matlamat projek kami yang telah ditetapkan pada awal telah berjaya dicapai.

 

Penghasilan video tentang perpaduan antara etnik yang bertemakan Jom Berkongsi Raya telah memberikan peluang kepada ahli kumpulan kami untuk mengenali perayaan etnik yang lain. Kumpulan kami merangkumi dua etnik iaitu Cina dan Kadazan. Kepelbagaian and keunikan etnik di kumpulan kami telah mencetuskan perspektif yang lain dan kreatif dalam menjalankan projek kami. 

 

Dalam proses pejalanan projek ini, kami telah bekerjasama dan menonjol semangat perpaduan antara etnik yang berlainan. Walaupun kami bekerja secara atas talian, kami masih dapat berbincang dan bertukaran idea dengan lancar. Semua ahli kumpulan kami berasa amat berterima kasih dan bersyukur atas keusahan semua. 

 

Di samping itu, kami juga telah memahirkan diri dalam beberapa skil seperti merakam, menyunting video dan menghasilkan E-Portfolio secara atas talian. Pandemik ini telah merevolusikan cara pembentang projek dan kami yakin bahawa skil ini merupakan kuci yang maslahat dalam projek-projek pada masa depan.

 

Bagi penonton video kami, kami yakin mereka akan lebih ingin mengetahui lebih banyak adat resam etnik lain tentang perayaan. Kami juga berharap bahawa video kami akan mengeratkan etnik berlainan dengan perantara perayaan. 

 

Kata mutiara, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Semoga projek kami boleh menjadi langkah pertama rakyat Malaysia terutamanya generasi muda ke arah yang menuju visi kudsi perpaduan di negara kita.

IMPAK PROJEK

KESIMPULAN

Konklusinya, kami berharap penonton dapat memahami objektif yang kami ingin sampaikan dan dapat menambah ilmu terhadap cara meraikan perayaan bangsa lain. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, sikap perpaduan haruslah disemai dalam sanubari rakyat Malaysia sejak dari kecil lagi agar hubungan etnik negara kita akan sentiasa akrab bagai aur dengan tebing. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, bersama-samalah anak Malaysia sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk untuk memajukan Malaysia dan mencapai wawasan pada masa yang akan datang.

KESIMPULAN
bottom of page