top of page
Untitled 3.png

01

Dalam program televisyen berita harian yang bertajuk
Jom Berkongsi Raya”, seorang wartawan (pelakon A) sedang membincangkan topic perpaduan antara pelbagai etnik di Malaysia yang unik dengan berbilang kaum, bersama-sama seorang pelajar (pelakon B). Salah satu cara untuk menyuburkan semangat perpaduan antara kaum ialah amalan terbuka, namun pandemik covid-19 telah mempengaruhi amalan terbuka yang dipraktikkan secara fizikal semasa hari perayaan pelbagai kaum. Jadi, wartawan dan pelajar mengadakan perbualan tentang cerita dan isu-isu yang dihadapi semasa meraikan perayaan kaum sepanjang pandemik dan MCO.

kl-tower-izuddin-helmi-adnan.jpg

PAPAN LUKISAN CERITA

Kumpulan kami telah menoraka tema video tersebut lalu menghasilkan papan cerita yang akan menjadi asas baki perakaman video selepas ini. 

02

Pelakon B mengisahkan cerita mengadakan amalan terbuka dalam talian bersama 3 orang kawan karib yang berbilang bangsa (kaum Cina dan Kadazan) bersempena Tahun Baharu Cina. Mereka berasa kecewa kerana tidak dapat menyambut hari perayaan bersama keluarga dan rakan secara fisikal sejak pandemik berlaku. Namun begitu, mereka turut berbual-bual dan berkongsi pengalaman masing-masing dalam meraikan perayaan semasa MCO.

Untitled 4.png
Untitled 7.png

03

Pelakon B yang berbangsa Cina menaratifkan pengalaman tentang pemberian dan pertukaran “angpau” dalam talian melalui e-dompet Touch ‘n’ Go. Rakan-rakannya telah memberi kejutan kepadanya dengan memberi angpau Touch ‘n’ Go semasa Tahun Baharu Cina. Pengalaman ini amat menggembirakan pelakon B, terutamanya tidak dapat berjumpa dengan kawan-kawan untuk meraikan bersama-sama seperti dahulu.

04

Pelakon B juga berkongsi pengalamannya mengadakan makan malam Tahun Baru Cina (reunion dinner) bersama ahli keluarga yang berada di luar tempatan, tidak dapat pulang untuk meraikan perayaan bersama-sama akibat pandemik tersebut atas talian. Makan malam Tahun Baru Cina merupakan salah satu amalan yang amat penting dalam budaya Cina.

Untitled 8.png
Untitled 5.png

05

Setelah perbincangan cara kaum Cina menyambut perayaan, pelakon C yang berbangsa Cina berasa ingin tahu tentang perayaan yang disambut oleh kedua-dua kawan lain yang merupakan suku Kadazandusun. Pelakon D dan E merupakan Kadazan di Sabah.

06

Pelakon D menjelaskan bahawa perayaan utama yang diraikan oleh kaum Kadazan ialah Pesta Kaamatan yang bertujuan meraikan hasil tuaian baik. Pelakon D dan E berkongsi pengalaman dan budaya kaum mereka dalam meraikan Pesta Kaamatan, antaranya ialah pemakaian pakaian tradisional.

Untitled 9.png
Untitled 10.png

07

Seterusnya, pelakon D juga berkongsi makanan tradisional kaum Kadazandusun dengan rakan-rakan dalam talian.

08

Empat orang kawan yang berbeza kaum terus berbual-bual tentang perayaan mereka secara mesra. Mereka berasa amat bersyukur dan gembira kerana rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat meraikan perayaan berbeza bersama tanpa mengira kulit warna. Mereka juga berharap dapat berjumpa dan meraikan perayaan bersama-sama pada masa depan.

Untitled 6.png
Untitled 2.png

09

Setelah pelakon B selesai menceritakan kisah amalan terbuka atas talian bersama kawan-kawan yang amat menarik, adegan video mengembali ke adegan wartawan dengan pelakon B dalam program televisyen. Wartawan memuji pelakon B kerana aktif menjalinkan hubungan dengan kawan berkaum lain secara kreatif, iaitu amalan terbuka atas talian. Wartawan juga menyeru penonton supaya sentiasa saling menghormati dan membantu demi keamanan dan kemajuan tanah air kita. Hal ini demikian kerana Kita Anak Malaysia!

bottom of page