KUMPULAN 9
ABOUT
PENGHARGAAN
Kajian ini dapat kami jalankan dengan lancar dan jayanya kerana hasil kajian ini adalah atas bantuan banyak pihak. Dengan kesempatan yang ada ini, kami sebagai Kumpulan 9 amat berbesar hati untuk merakamkan sekalung terima kasih kepada pensyarah Modul Hubungan Etnik kami - Encik Serit Banyan. Beliau telah memberi banyak pandangan dan komen yang bermanfaat buat kami.
Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk memberi peluang kepada anak-anak muda seperti kami untuk meneladani dan menghayati ilmu-ilmu dalam modul Hubungan Etnik.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua ahli kumpulan yang berkomitmen dalam menjayakan kajian ini. Segala usaha yang mereka amat dihargai kerana tanpa kerjasama semua ahli tugasan ini tentu tidak dapat dijalankan dengan berjaya.
OBJEKTIF
Tugasan ini dijalankan dengan objektif:
​
-
Untuk memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum terutamanya dalam kalangan generasi muda.
-
Menyediakan platform untuk generasi muda mempromosikan nilai perpaduan dalam masyarakat.
-
Menyemai nilai hormat-menghormati dalam sanubari generasi muda terhadap bangsa berbeza.
-
Mengajar generasi muda untuk mengamalkan lima prinsip Rukun Negara.
-
Menyediakan ruang untuk generasi muda menunjukkan semangat patriotik akan tanah air.